Tuesday, July 17, 2012

Review: Skim Pembiayaan Peribadi 3.95% BSN

As Salam dan salam sejahtera, readers.
BSN, Bank Komuniti Anda
Entry kali ini sy mo buat free promotion sama kamu semua mengenai skim pembiayaan peribadi Bank Simpanan Nasional. Sebelum itu, sy mo cerita dulu serba sedikit yg sy tau tentang BSN. Sila betulkan sy jika info sy salah, ya.
  1. BSN adalah satu-satunya bank yang tulin di Malaysia. Maknanya, BSN bukan bank yang menjalankan aktiviti koperasi seperti bank² lain.
  2. BSN adalah satu-satunya bank yang menawarkan pinjaman kewangan kepada penggiat filem di Malaysia.
  3. BSN menjalankan perbankan Islamik.
  4. Antara produk-produk teras BSN termasuklah Pinjaman Persendirian, Pinjaman Perumahan, Pinjaman Mikro Kewangan, Sijil Simpanan Premium, Skim Perbankan Islam, Akaun Simpanan GIRO, Kad Debit BSN Matrix dan BSN Matrix-i dengan kemudahan MEPS, Kad Kredit VISA dan MasterCard.
Berita baik kepada semua kakitangan kerajaan dan Badan Berkanun Terpilih (antaranya PDRM) yang berminat untuk membuat pinjaman peribadi, anda layak menikmati pinjaman dengan kadar serendah 3.95% sahaja TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT.
Promosi ini sah sehingga 31 Oktober 2012 sahaja. Kadar ini akan berubah dari masa ke semasa.

Boleh rujuk risalah di bawah atau hubungi ejen BSN berhampiran anda atau bagi kamu yg berada di sekitar Sabah bolehlah hubungi beliau (HANYA UNTUK SEKITAR SABAH SAHAJA!)

Eksekutif Jualan BSN Sabah (Kota Kinabalu dan Ranau)
En. Eddy Irowan di nombor 016-8418451.

Anda hanya akan dilayan pada waktu pejabat sahaja dan yg berkaitan dgn BSN sahaja, ok. (kalau rasa² mo menggatal tu, sila fikir 100 juta kali)

Sila jangan marah-marah kalau beliau tidak dapat melayan pertanyaan anda di luar waktu pejabat seperti Public Holidays, Weekends dan malam selepas jam 8.00pm. Dia juga perlukan rehat, ya.


Risalah Skim Pembiayaan Peribadi 3.95%
Klik utk paparan yg lebih jelas.
Jadual Ansuran Bulanan Skim Pembiayaan Peribadi 3.95%
Jadual ini adalah sebagai rujukan sahaja.
Klik utk paparan yg lebih jelas.
Ok...ini lari tajuk sikit tapi masih berkenaan Bank Simpanan Nasional.
Selain itu, BSN juga ada menawarkan perkhidmatan secara atas talian atau dlm english nya online. Dulu, orang bising² ni BSN ja yg teda online banking. (sy la antara orang yg bising² tu, hehehe..) Merumitkan orang yg jenis on-the-go atau yg suka rushing² ni. Nah, skg BSN ada suda online banking di http://www.mybsn.com.my . Mudah dan Insya Allah, selamat.

Paparan muka hadapan MyBSN.com.my
Barangkali, pihak BSN tidak mau "membangunkan" MyBSN ni hanya kerana bank-bank lain uda buat. Banyak faktor perlu dititik beratkan terutama sekali tentang KESELAMATAN wang pelanggan dorang. Mungkin ini la faktor MyBSN ditubuhkan lambat sedikit.

Satu lagi servis yg sy suka di BSN ni adalah sistem Perbankan SMS. Segalanya dihujung jari anda. Pakai henpon ja. Henpon Nokia 3310 pun boleh, uolsss. Sy jenis yg malas mo p kaunter utk bayar pelbagai bil utiliti, so perbankan SMS sangat sesuai la utk sy yg pemalas jalan ni...walaupun pejabat pos dekat ja dari tempat kerja sy. Huhuhu...

Macam-macam urusan perbankan boleh dibuat dgn menggunakan aplikasi ini.  Beli topup, pembelian SSPN, bayar Astro, bayar bil letrik, bayar bil air, transfer duit, bayar kad kredit dll. Tgk ja di MyBSN, segala maklumat berkenaan apa yg sy sebut tadi ada di sana.

Barangkali ada yg sudah sedia tau yg BSN juga turut menawarkan PERBANKAN TANPA CAWANGAN. Maknanya, kalau mo buat urusan perbankan, pigi ja di kedai² ejen berdaftar BSN. Senang kan. Nama pun Bank Komuniti Anda.


Untuk mengetahui lebih lanjut lagi pasal keistimewaan BSN kepada kita, pigi ja di laman berikut:

[Kredit gambar dan informasi]
MyBSN  http://www.mybsn.com.my
Facebook  http://www.facebook.com/bankkomunitiAnda

Kabby says;
...BSN juga jadi pilihan orang kampung macam sy ni...

2 comments:

  1. tumpang tnya ya, pay-out brape % yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila hubungi Eksekutif Jualan BSN berhampiran atau hubungi Eksekutif Jualan Sabah, Encik Eddy di nombor ini 016-8418451, ya. Entry ini hanya review sahaja. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog sy.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...